Terima kasih kerana masih setia mengikuti cerita dan perkembangan Wanns Design.. Semoga anda semua berada dalam keadaan yang baik dan sihat selalu..
Pada entri-entri terdahulu, Kami ada memuat naik (upload) gambar-gambar produk dan koleksi Wanns Design.. dan ramai juga yang memberikan maklum balas yang positif dan bertanya bagaimana untuk membuat tempahan bagi produk-produk Wanns Design..
Jadi, kepada anda yang berhasrat untuk membuat tempahan, berikut diberikan panduan bagaimana anda boleh membuat pesanan:
1. Membuat pertanyaan / pesanan anda melalui e-mel ke wannsdesign@gmail.com;
2. Membuat pembayaran secara online melalui Bank Transfer atau Bank-In di mana-mana mesin ATM Maybank;
3. Wanns Design akan membuat pengesahan pembayaran dan pesanan;
4. Wanns Design akan memproses pesanan / tempahan anda; dan
5. Pesanan yang telah siap akan dihantar kepada pelanggan(tertakluk kepada jumlah pesanan dan lokasi).
Nota
*** Bagi tujuan keselamatan, akaun untuk pembayaran hanya akan dimaklumkan melalui e-mel kepada pelanggan yang telah bersedia untuk membuat pesanan dan pembayaran.
***Penghantaran bagi setiap pesanan bergantung kepada jumlah tempahan dan lokasi pelanggan. Buat masa ini, Kami hanya membuat penghantaran bagi pelanggan- pelanggan di sekitar lembah kelang sahaja. Bagi pelanggan-pelanggan di lokasi lain, penghantaran akan dibuat melalui Pos Malaysia dan DHL.
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan dan pertanyaan lain, sila e-mel kepada Kami di wannsdesign@gmail.com. Kami bersedia membantu anda..
No comments:
Post a Comment