Sunday, 25 November 2012

Kotak Goodies Perkahwinan dan Pertunangan

Salam Semua..

Hujung minggu adalah hari yang paling sibuk sekali.. maklum saja hujung minggu ramai pasangan yang melangsungkan perkahwinan.. Tak kurang juga yang memilih hujung minggu sebagai waktu terbaik untuk mengadakan majlis-majlis istimewa lain seperti majlis merisik, pertunangan, hari lahir dan macam-macam lagi..

Dan yang paling best sekali.. Wanns Design juga turut terkena tempias kesibukan ini.. maklum saja bila ramai yang membuat majlis-majlis ini, Wanns Design pun tak menang tangan untuk menyiapkan semua pesanan goodies, coklat dan cenderahati yang telah dipesan oleh pelanggan.. Dan semestinya Kami ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik dan menggembirakan setiap pelanggan..

Kali ini Wanns Design ingin memperkenalkan kepada anda kotak cenderahati yang diperbuat dari material kertas berkualiti tinggi.. Kotak ini didatangkan khas dalam pelbagai warna seperti merah, orange, hitam dan purple.. Ianya sangat sesuai dijadikan goodies untuk majlis-majlis seperti perkahwinan, pertunangan, aqiqah, marhaban dan sebagainya..













Untuk info dan pertanyaan sila kemukakan kepada Kami di wannsdesign@gmail.com

Wednesday, 21 November 2012

Warna dan Emosi Majlis

Salam kepada semua pengunjung Wanns Design..

Sumber: Google Image

Bila bercakap tentang warna, Kami pasti anda akan terbayang setiap hamparan indah warna-warna disekeliling anda.. Warna dan kehidupan tidak dapat dipisahkah.. Malah setiap daripada kita juga mempunyai warna yang dikaitkan dengan emosi dan personaliti diri..
 
Sumber: Google Image
 
Sama seperti personaliti diri, majlis-majlis seperti perkahwinan, pertunangan dan sambutan kelahiran anak-anak juga tidak akan lengkap jika tidak dihiasi dengan warna-warna indah.. Dan warna-warna ini sebenarnya mempengaruhi emosi dan perasaan yang ingin disampaikan kepada jemputan dan tetamu yang hadir..
 
Sumber: Google Image
 
Bagi majlis perkahwinan dan pertunangan, warna sangat penting dalam mewujudkan keindahan dan seri di majlis-majlis tersebut.. Dan permilihan warna yang tepat dan bersesuaian juga dapat membangkitkan rasa gembira tetamu yang hadir bagi meraikan pasangan pengantin..
 
Sumber: Google Image
 

Untuk majlis-majlis lain seperti sambutan kelahiran anak-anak pula, warna dapat mewujudkan suasana kegembiraan kepada anak-anak.. Sememangnya anak-anak sangat gemar kepada warna-warna lembut dan ceria.. Dan kerana itulah banyak pereka permainan dan aksesori kanak-kanak memilih warna-warna sebegini untuk menarik perhatian kanak-kanak bermain..
 
Sumber: Google Image
 
Jadi, apakah warna-warna yang sesuai dan baik untuk sesebuah majlis? Apakah warna-warna yang perlu dielakkan dan tidak patut digunakan dalam majlis? Untuk mengetahui warna-warna ini dan pelbagai tip-tip menarik yang lain, nantikan entri Wanns Design yang seterusnya.. Kami juga akan cuba berkongsi kepada anda tentang rahsia dan maksud di sebalik warna-warna ini..
 
 
Wanns Design ~ Teristimewa Untukmu
 

Tuesday, 20 November 2012

Membuat Tempahan di Wanns Design

Salam kepada semua pengunjung Wanns Design..

Terima kasih kerana masih setia  mengikuti cerita dan perkembangan Wanns Design.. Semoga anda semua berada dalam keadaan yang baik dan sihat selalu..

Pada entri-entri terdahulu, Kami ada memuat naik (upload) gambar-gambar produk dan koleksi Wanns Design.. dan ramai juga yang memberikan maklum balas yang positif dan bertanya bagaimana untuk membuat tempahan bagi produk-produk Wanns Design..
 
Jadi, kepada anda yang berhasrat untuk membuat tempahan, berikut diberikan panduan bagaimana anda boleh membuat pesanan:
 
 
1.      Membuat pertanyaan / pesanan anda melalui  e-mel ke wannsdesign@gmail.com;
 
 
2.     Membuat pembayaran secara online melalui Bank Transfer atau Bank-In di mana-mana mesin ATM Maybank;
 
3.     Wanns Design akan membuat pengesahan pembayaran dan pesanan;
 
4.     Wanns Design akan memproses pesanan / tempahan anda; dan
 
 
 
5.     Pesanan yang telah siap akan dihantar kepada pelanggan(tertakluk kepada jumlah pesanan dan lokasi).
 
Nota
 
*** Bagi tujuan keselamatan, akaun untuk pembayaran hanya akan dimaklumkan melalui e-mel kepada pelanggan yang telah bersedia untuk membuat pesanan dan pembayaran.
 
***Penghantaran bagi setiap pesanan bergantung kepada jumlah tempahan dan lokasi pelanggan. Buat masa ini, Kami hanya membuat penghantaran bagi pelanggan- pelanggan di sekitar lembah kelang sahaja. Bagi pelanggan-pelanggan di lokasi lain, penghantaran akan dibuat melalui Pos Malaysia dan DHL.

 
 
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan dan pertanyaan lain, sila e-mel kepada Kami di wannsdesign@gmail.com. Kami bersedia membantu anda..

Coklat Istimewa untuk hantaran pernikahan dan pertunangan

Salam kepada semua pengunjung Wanns Design..

Dimaklumkan bahawa selain membuat rekaan hadiah dan cenderahati, Wanns Design juga turut menghasilkan coklat sebagai hantaran untuk majlis-majlis pernikahan dan pertunangan..


Kami juga turut menghasilkan coklat untuk majlis-majlis lain seperti hari lahir, majlis perpisahan dan sebagainya mengikut keinginan dan citarasa pelanggan.. Hanya maklumkan citarasa anda dan Wanns Design lakarkannya untuk anda..




Ingin tahu lebih lagi tentang coklat..?? tinggalkan komen anda disini atau e-mel pertanyaan anda ke wannsdesign@gmail.com. Kami bersedia membantu anda~

Kotak Hamper Istimewa ala Inggeris

Salam Semua..


Dalam entri kali ini, Kami ingin memperkenalkan Kotak Hamper Istimewa ala Inggeris daripada Wanns Design.. Rekaan ala Inggeris ini didatangkan khas dalam 3 saiz iaitu besar, sederhana dan kecil untuk dipilih.. 

Pemilihan design ini juga mampu merealisasikan majlis impian anda, terutamanya jika anda membuat majlis ala garden seperti perkahwinan, hari lahir dan hari keluarga.. Selain dijadikan hamper dan cenderahati, kotak hamper ala Inggeris ini juga boleh dijadikan sebagai koleksi peribadi serta hiasan dalaman rumah..

Kotak Cenderahati Cookies Istimewa

Salam Semua..

Memperkenalkan koleksi terkini Wanns Design - Kotak Cenderahati Cookies Istimewa.. Kotak ini sangat sesuai dijadikan cenderahati untuk pelbagai majlis sama ada perkahwinan, pertunangan, hari lahir, ulang tahun syarikat, hari ibu, hari guru dan sebagainya..


Kotak ini diperbuat dari tin berkualiti tinggi dan di datangkan khas dalam dua saiz iaitu saiz besar dan kecil. Setiap kotak ini juga mengandungi cookies yang sedap dan lazat dengan pelbagai citarasa hebat.. 


Ingin tahu lebih lanjut mengenai produk ini? sila tinggalkan komen anda di bawah atau hubungi team Wanns Design di wannsdesign@gmail.com

Goodie Bag untuk Cinta Hati Sayang

Bagi mereka yang sedang dilamun cinta atau merancang mengadakan majlis istimewa untuk si dia cinta hati sayang anda, apa kata anda hadiahkan kepada mereka cenderahati dan hadiah dari rekaan goodie bag ini.. Rekaan dengan bentuk love ini mampu menyemarakkan rasa cinta dan sayang di hati pasangan, terutamanya jika pasangan anda itu adalah wanita.. Tapi usah risau.. rekaan bentuk love dan warna pink juga bersifat universal dan ramai lelaki pada hari ini juga menyukai dan sangat menghargai rekaan dari jenis ini..

  

Pening si dia merajuk lagi..?? hmm.. apa kata anda mencuba rekaan goodie bag dari bentuk kuntuman bunga ini.. Rekaan ini sangat sesuai untuk menyampaikan mesej bahawa anda sedang berusaha menawan hatinya kembali.. Untuk mengambil hati boss juga bukan masalah lagi..


Ingin tahu lebih lanjut tentang goodie bag ini atau produk-produk lain Wanns Design? Hantarkan pertanyaan anda ke wannsdesign@gmail.com. Kami bersedia membantu anda ~